Bantuan Kerja Rumah Shvoong



Am
Apakah Kerja Rumah Shvoong?
Kerja Rumah Shvoong adalah buku nota perkongsian dalam talian yang pertama di dunia. Ia membolehkan para pelajar seluruh dunia menulis dan mengedit kerja rumah mereka secara dalam talian, dan pada masa yang sama boleh berinteraksi dengan kawan dan kawan sekelas mereka. Melalui Kerja Rumah Shvoong anda boleh mencipta jadual peribadi, memuat naik kerja rumah dalam talian, mendapat peringatan untuk peperiksaan yang akan datang, dan mendapat bantuan daripada kawan-kawan yang ada dalam talian.

Kenapa Daftar?
Kerja Rumah Shvoong adalah buku nota dalam talian, yang boleh diisi, diedit dan dicapai dari mana-mana sahaja di dunia. Anda kini tidak lagi kehilangan kertas (atau fail)… Kini anda boleh membuka akaun Kerja Rumah Shvoong, menyimpan kerja rumah semasa dan yang lalu, ringkasan kelas dan peperiksaan secara dalam talian, dan berkomunikasi dengan kawan dan kawan sekelas pada masa yang sama.

Akaun Kerja Rumah Shvoong Homework anda akan membolehkan anda membuat jadual masa peribadi, dengan semua maklumat kelas dan peperiksaan anda. Anda boleh cipta senarai kawan, dan menentukan siapa yang boleh mengakses kerja rumah anda secara dalam talian. Ini adalah alat pembelajaran yang paling penting dan menyeronokkan yang kami boleh fikirkan – semua kerja rumah anda diatur (akhirnya!) secara dalam talian, dalam suasana, yang kreatif dan mesra.

.