Terms of Agreement
Shvoong Holdings Limited, ( “Shvoong” www.shvoong.com ( “Tapak” )), gembira menawarkan anda peluang menggunakan Kerja Rumah Shvoong. Penggunaan Kerja Rumah Shvoong dalam apa jua cara akan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dan penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda menunjukkan penerimaan anda, tanpa had atau kelulusan, untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini yang akan dipinda dari masa ke semasa. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan anda untuk Tapak yang tidak selaras dnegan Kerja Rumah Shvoong akan tertakluk kepada Perjanjian Pengguna Tapak.


1. Terma dan Syarat

Seperti yang dinyatakan di atas, Terma Penggunaan ini akan mentadbir penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda dan anda dengan ini bersetuju sepenuhnya untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung. Kami berhak mengubah peruntukan yang terkandung dari masa ke semasa dan anda dengan ini bersetuju bahawa setiap kali anda mengunjungi Kerja Rumah Shvoong anda mempunyai obligasi untuk menyemak Terma Penggunaan ini bagi memastikan persetujuan berterusan anda dengan peruntukan yang terkandung. Penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda yang berterusan akan dianggap sebagai bukti persetujuan anda terhadap mana-mana pindaan Terma Penggunaan.

2. Keterangan Kerja Rumah Shvoong

Kerja Rumah Shvoong telah direka untuk meberikan anda alat mesra pengguna untuk membantu anda dan pendidikan anda. Kerja Rumah Shvoong juga membolehkan anda mengkordinasi kerja sekolah/sekolah menengah/ kolej anda dan berkongsi kerja anda dengan sekumpulan individu yang anda akan pilih. Kerja Rumah Shvoong juga boleh digunakan sebagai kawasan storan yang memberikan anda akses mudah untuk tugas kerja anda yang terdahulu.

Penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda dan kandungan yang terkandung di dalamnya tidak boleh digunakan sebagai ganti kepada kerja dan usaha keras anda sendiri dalam pembelajaran.

Halaman Kerja Rumah Shvoong mungkin mengandungi iklan dan iklan tersebut perlu bagi meneruskan fungsi Kerja Rumah Shvoong.

3. Pendaftaran

Bagi melihat sesetengah halaman dalam Kerja Rumah Shvoong anda tidak perlu daftar dengan Kerja Rumah Shvoong tetapi anda masih terikat dengan Terma Penggunaan ini. Bagi mencipta halaman dan menggunakan rangkaian penuh khidmat Kerja Rumah Shvoong anda perlu melengkapkan proses pendaftaran ringkas yang memerlukan anda menghantar alamat e-mel yang sah. Kami meminta anda memastikan bahawa anda memberikan alamat e-mel yang betul dan berfungsi sebagai sebahagian daripada pendaftaran anda dengan Kerja Rumah Shvoong. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa alamat e-mel yang anda berikan dikemaskini apabila perlu.

4. Menyediakan Kerja

Anda akan mengekalkan pemilikan sebarang hak yang anda ada dalam Kerja, tetapi dengan memberikan Kerja kepada Kerja Rumah Shvoong, anda memberi kepada kami lesen untuk menerbitkan Kerja secara keseluruhan atau sebahagian pada Kerja Rumah Shvoong dan memberi kebenaran kepada pengguna terpilih yang lain untuk melihat dan menggunakan Kerja.

5. Garis Panduan Kerja

Anda bersetuju untuk tidak mengguanakan Kerja Rumah Shvoong untuk:
(i) memberikan Kerja yang menyalahi undang-undang, boleh merosakkan, mengugut, kasar, lucah, memfitnah, membenci, atau jika tidak boleh dibantah;
(ii) secara sengaja merosakkan atau mengganggu para pengguna Kerja Rumah Shvoong yang lain dengan apa jua cara;
(iii) menyediakan Kerja yang anda tiada hak untuk menyediakannya di bawah mana-mana undang-undang termasuk undang-undang yang berkaitan dengan hak milik intelek; atau
(iv) muat naik sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau apa-apa kod, fail atau atur cara komputer yang direka untuk mengganggu, merosak atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer.

Anda bersetuju bahawa Shvoong akan atau tidak akan melihat dulu Kerja anda sebelum anda memuat naik ke Kerja Rumah Shvoong, tetapi kami mempunyai hak mengikut budi bicara kami untuk menolak, mengedit atau mengalih keluar Kerja atau sebahagian daripadanya.

6. Salah Guna Kerja Rumah Shvoong

Kerja Rumah Shvoong ditawarkan kepada anda untuk faedah anda dan untuk faedah mereka yang anda bersetuju untuk berkongsi Kerja anda. Sila jangan salah gunakan Kerja Rumah Shvoong dalam apa jua cara. Shvoong mengekalkan hak untuk mengkaji semula semua tindakan yang anda ambil ke atas Kerja Rumah Shvoong dan sekiranya Shvoong mempunyai sebab mempercayai bahawa anda telah melanggar Terma Penggunaan ini, Shvoong berhak untuk menamatkan pendaftaran anda dengan Kerja Rumah Shvoong, mengalih keluar dan menghapuskan Kerja anda dan mengambil tindakan untuk menghadang penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda di masa akan datang.

7. Dasar Privasi

Anda dengan ini bersetuju bahawa dengan mendaftar untuk dan menggunakan Kerja Rumah Shvoong anda mungkin perlu memberikan kami butiran peribadi tertentu tentang diri anda. Walaupun kami akan menyimpoan maklumat ini secara rahsia, anda bersetuju bahawa berkemungkinan menjadi perlu, dari masa ke semasa, untuk kami mendedahkan sesetengah butiran ini kepada pihak ketiga dan anda bersetuju dengan pendedahan ini.

8. Penggunaan Peribadi

Kerja Rumah Shvoong ditawarkan kepada anda untuk kegunaan peribadi dan Kerja Rumah Shvoong ataupun sebarang Kerja tidak akan digunakan oleh anda untuk apa-apa tujuan komersil dan anda juga tidak memberi kemudahan penggunaan komersil oleh mana-mana pihak ketiga.

9. Pautan

Kerja Rumah Shvoong akan mengandungi pautan ke tapak Internet yang lain ( “Tapak-tapak Lain” ). Anda sedar bahawa Shvoong tidak mempunyai kawalan ke atas Tapak Lain dan perkhidmatan, produk atau barangan yang ditawarkan di dalamnya dan anda bersetuju bahawa Shvoong tidak bertanggungjawab terhadap tahap kesediaan dan fungsi Tapak lain; mahupun Shvoong membuat apa-apa perwakilan atau pengendorsan bagi apa-apa jua berkaitan perkhidmatan, produk atau barangan yang ditawarkan pada Tapak Lain. Anda seterusnya mengetahui dan bersetuju bahawa Shvoong tidak dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung berkaitan Tapak Lain.

10. Penyambungan Kerja Rumah Shvoong

Shvoong berhak menggantung, mengubah dan menamatkan Kerja Rumah Shvoong dan perkhidmatan pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya dan tanpa notis awal kepada anda dan anda tidak akan mempunyai sebarang tuntutan terhadap Shvoong berkaitan tindakan tersebut, jika diambil. Oleh itu, wkami menggalakkan anda membuat dan menyimpan salinan sandaran semua Kerja yang anda sediakan kepada Kerja Rumah Shvoong.

11. Tiada Jaminan

Anda bersetuju bahawa penggunaan anda untuk Kerja Rumah Shvoong dan penggunaan anda terhadap mana-mana kandungan yang terdapat dalam Kerja Rumah Shvoong adalah atas risiko anda sendiri. Kerja Rumah Shvoong dan semua Kerja yang disediakan untuk anda adalah pada dasar “SEPERI YANG ADA”. Shvoong mahupun mana-mana pemegang saham, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberi apa-apa jaminan atau perwakilan, sama ada secara jelas atau implikasi, bahawa Kerja Rumah Shvoong atau Kerja adalah sesuai untuk apa-apa tujuan atau lengkap atau tepat dalam apa jua cara.

12. Had Liabiliti

Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Shvoong atau pemegang saham, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak mempunyai liabiliti terhadap anda atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang anda tanggung akibat penggunaan Kerja Rumah Shvoong atau Kerja, sama ada secara langsung atau tidak langsung, walaupun di mana kami telah memberi notis tentang kemungkinan kehilangan atau kerosakan tersebut akan berlaku.

13. Undang-undang Mentadbir

Terma Penggunaan ini dan apa-apa perkaran berkaitan dengannya adalah ditadbir oleh, dan ditafsirkan olej undang-undang Negara Israel. Anda dengan ini tanpa menarik balik bersetuju bahawa mahkamah-mahkamah Tel-Aviv-Jaffa yang berkaitan mempunyai bidang kuasa eksklusif berkaitan sebarang tuntutan, perbalahan atau perbezaan berkaitan Terma Penggunaan ini dan apa-apa perkara yang timbul daripadanya dan tiada mahkamah lain mempunyai bidang kuasa dalam apa juga perkara berkaitan perbalahan tersebut dan anda tanpa menarik balik mengecualikan apa-apa hak yang anda ada untuk membantah tindakan yang dibawa ke mahkamah ini, atau menuntut bahawa tindakan telah dibawa ke forum yang menysuahkan, atau bahawa mahkamah-mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa.

14. Am

(i) Jika sebarang peruntukan Terma Penggunaan ini dianggap oleh mahkamah atau pihak berkuasa kompeten yang lain sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan sepenuhnya atau sebahagiannya, kesahihan peruntukan lain dalam Terma Penggunaan ini dan baki peruntukan yang dipersoalkan tidak akan terlibat.

(ii) Tiada pengecualian dari kami bagi mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini akan dianggap sebagai pengecualian sebarang pelanggaran sebelum atau selepas mana-mana Terma Penggunaan ini.

(iii) Melainkan dinyatakan secara khusus, tiada apa dalam Terma Penggunaan ini akan mencipta atau memberikan apa-apa hak atau apa-apa faedah lain kepada pihak ketiga.

(iv) Terma Penggunaan ini telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi-versi terjemahan Terma Penggunaan ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.

(v) Terma Penggunaan ini bersama-sama mengandungi keseluruhan perjanjian antara anda dengan kami berkaitan penggunaan Kerja Rumah Shvoong anda.